Festival Lentera : Sisiran Tasik Putrajaya 2024

Tentang Acara

Light & Motion Putrajaya yang disebut juga sebagai Lampu Putrajaya telah menjadi acara tahunan sejak tujuh tahun lalu dan kemuncak kalendar acara Putrajaya. Pada tahun ini, buat julung-julung kalinya, PPJ menganjurkan sebuah festival pencahayaan edisi khas yang dinamakan FESTIVAL LENTERA : Sisiran Tasik Putrajaya 2024. Festival ini dianjurkan bersempena dengan sambutan bulan Hari Wilayah Persekutuan 2024 dan Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan Putrajaya yang ke-28 iaitu pada tanggal 1 Mac. Keunikan dan identiti festival ini adalah merupakah pertunjukan pencahayaan ‘Grand Light Symphony’ dan ’Musical Fountain’ di Tasik Putrajaya serta Jambatan Monorel sebagai elemen utama dan mega. Akan terdapat juga dekorasi pencahayaan di atas air seperti di samping pertunjukan bot-bot berhias bercahaya yang akan menambahkan lagi impak keindahan pencahayaan perkarangan pesisiran tasik Putrajaya. Selain itu, terdapat juga aktiviti yang menyeronokkan dengan bangunan bercahaya, pokok bercahaya berwarna-warni, muzik secara langsung, gerai, trak makanan, pameran hologram, pertunjukan wayang kulit, beca (kenderaan berkuasa pedal bernyala LED), seni jalanan, pameran kawalan radio, zumba dan banyak lagi.

Aktiviti